Monday, 14 March 2011
Laporan Hari Terbuka Pangkalan Udara Kuantan pada 12/3/2011
Anggota forum Panggilan Pertiwi yang hadir :
1. Admin/Encik Kacang/Mr. Stark
2. The Shepherd
3. Akmal3110
4. Mr. Kurien
5. Azizi
6. Dremel/Naza
7. Paskau/Wan
8. Dewafrost
Acara bermula pada jam 0930 dengan ketibaan VIP iaitu Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Rodzali bin Daud TUDM. Antara pesawat yang terbang untuk memeriahkan majlis adalah seperti berikut :
Perasmian
2X Hawk Mk. 208 dan 1X F-5E Tiger II
1X helikopter Nuri dan 6 orang anggota PASKAU
Penerbangan Formasi
4X MB-339CM
3X MiG-29N dan 1X MiG-29NUB
3X Hawk Mk.108 dan 1X Hawk Mk.208
Penerbangan Solo
1X pesawat stunt Aero 3. Pesawat diterbangkan oleh Datuk Halim Othman bekas juruterbang MiG-29.
1X Su-30MKM Flanker
1X F/A-18D Hornet
Kesemua penerbangan formasi akan bertindak bergerak jauh dari kawasan pangkalan udara untuk tujuan penyeragaman. Manakala bagi persembahan solo, pesawat terus beraksi di kawasan pangkalan.
Bagi pameran statik pula antara pesawat yang hadir untuk memeriahkan majlis adalah :
1X Hawk Mk.208
1X F/A-18D Hornet
1X Su-30MKM Flanker
1X MiG-29N
1X S-61 Nuri
1X C-130H Hercules
1X F-5E Tiger II (pesawat yang sama terbang untuk perasmian)
1X MB-339CM
2X PC-7
Lain-lain pertunjukan adalah seperti persembahan pancaragam pusat TUDM dari Institut Latihan Tentera Udara (ILTU) Ipoh dan gabungan Kelab Kompang Cenderawasih dari No.11 Skuadron TUDM dari Pangkalan Udara Gong Kedak.
Gerai-gerai pameran yang dibuka juga banyak menarik minat pengunjung. Seperti yang diduga, gerai pameran PASKAU yang paling mendapat banyak sambutan. Lain-lain gerai pameran adalah dari Satang Company, Pulatibang 3, No. 6 Skuadron, No.18 Skuadron, No. 17 Skuadron, AIROD dan lain-lain lagi.
Persembahan udara tamat pada jam 1100. Majlis berhenti rehat pada jam 1200 dan bersambung pada jam 1340 dengan persembahan udara ulangan dari sesi pagi. Kesemua pesawat yang terbang pada pagi tadi akan beraksi semula kecuali pesawat Su-30MKM yang tidak dapat diterbangkan atas arahan pihak atasan. Pada waktu petang dapat disaksikan 2 jenis pesawat beraksi dalam keadaan hujan renyai-renyai iaitu pesawat Hawk Mk.108, Hawk Mk.208 dan F/A-18D Hornet.
Sekian sahaja laporan dari saya, Akmal3110.
P/s: Ucapan terima kasih saya pada saudara Akmal atas laporan yang beliau sediakan.
Sunday, 13 March 2011
Hari Terbuka Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) di Kem Mahkota, Kluang Johor
Hari Terbuka Pangkalan Udara Kuantan pada 12/3/2011
http://www.facebook.com/album.php?aid=116898&id=1215140374
http://www.facebook.com/album.php?fbid=1926493161967&id=1231317160&aid=2121551
http://www.facebook.com/album.php?fbid=199728180044970&id=100000233697209&aid=49248
dan jangan lupa layari : www.panggilanpertiwi.my
Monday, 7 March 2011
Laporan Hari Sambutan Hari Ulang Tahun Tentera Darat Malaysia Yang Ke 78 Part 2
Sebaik habis perbarisan anggota-anggota, perbarisan kenderaan menyusul didahulu dengan kenderaan yang digunakan oleh GGK termasuk kenderaan G-wagon dan juga motosikal. Selepas itu diikuti dengan kenderaan yang digunakan oleh Kor Perkhidmatan Diraja termasuk Bomba TD. Menyusul selepas itu kenderaan yang digunakan oleh Kor Ordnans Diraja yang baru digunakan pada tahun 2008 iaitu Bilik Mandi Medan dan Dobi Medan dan disertai oleh kenderaan digunakan oleh Kor Kesihatan Diraja. Kor ini dilengkapi dengan Ambulan Medan, hospital mudah Alih Medan dan juga Klinik Pergigian Bergerak.
Mengikuti KKD, kenderaan yang digunakan oleh Rejimen Semboyan Diraja yang mengunakan kenderaan Land Rover Defender dan juga Alvis Hägglunds AB. Kenderaan pengangkut Jambatan yang digunakan oleh Rejimen Askar Jurutera Diraja menyusuli RSD yang menonjolkan 4 Jenis Jambatan Medan. Rejimen Artileri Diraja membariskan meriam Oto Melara Howitzer 105mm, G5 155mm, Astross II, radar ARHTUR, sistem Dgiyit Igla, Jernas dan yang terbaru peluru pintar Taming Sari.
Seterusnya adalah kenderaan yang digunakan oleh unit infantri TD yang didahului oleh VAMTAC 4x4 buatan sepanyol yang menyerupai Humvee. ACV Adnan dan MIFV menyusuri VAMTAC 4x4 yang terdiri pelbagai versi. Perbarisan terakhir adalah kenderaan di bawah Kor Armor Diraja yang didahului dengan kenderaan SIBMAS dan diakhiri dengan 10 buah PT-91M Pendekar. Lintasan 4 buah HeliPUTD iaitu A109 mengakhir perbarisan pada pagi itu.
Selepas sahaja habis perbarisan, acara terjun bebas dilakukan dengan pendaratan 8 orang anggota 21 RGK dari kumpulan 1 yang membawa bendera Malaysia, ATM, TD, 10 Para, GGK, dan lain-lain lagi mendarat di tengah-tengah Dataran Merdeka dan disertai 8 orang lagi dari kumpulan kedua. Acara diteruskan pertunjukan wira merah dan pertunjukan tatu dan diakhiri dengan pertunjukan ULK yang berkisarkan Bas yang penuh penumpang ditawan oleh pengganas.
Berakhirya pertunjukkan, satu upacara penyampaian pingat dilakukan di pentas utama. Sambutan Hari HUT TDM sepatutnya tamat pada jam 1600 terpaksa dilanjutkan ke lewat petang kerana sambutan orang ramai yang masih mengerumuni tapak pameran walaupun sudah lewat petang. p/s; Gambar akan menyusul sedikit masa lagi.
Sunday, 6 March 2011
Laporan Hari Sambutan Hari Ulang Tahun Tentera Darat Malaysia Yang Ke 78
Upacara sambutan dimulai dengan ketibaan Y.Bhg. Jeneral Dato' Sri Zulkifeli Mohd Zin, Panglima Tentera Darat Malaysia. Beliau berkesempatan bermesra dengan pengunjung dan penonton yang hadir pada hari sambutan ketika menunggu Dif-dif jemputan. Selepas itu, Timbalan Menteri Pertahanan tiba dalam jam 0900H dan seterusnya ketibaan YB. Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Majlis sambutan dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan juga Lagu Tentera Darat Malaysia. Seluruh pengunjung dan penonton bersama-sama menyanyikan kedua-dua lagu dengan penuh semangat. Sebaik sahaja habis lagu, Pasukan 10 Briged Para mempersembahkan tarian perang yang sememangnya telah banyak kali dipertunjukan. Walaubagaimanapun ia tetap menjadi tumpuan orang ramai dan mendapat tepukan gemuruh sebaik sahaja pertunjukkan tarian para ditamatkan.
Perarakan masuk kontinjen-kontinjen TD didahululi oleh Pancaragam Tentera Darat Malaysia dan diikuti oleh Pasukan anggota Veteran Tentera Darat.
Seterusnya dikuti oleh Anggota Pembawa Bendera Malaysia, ATM, TD dan semua Rejimen dan Kor dalam Tentera Darat Malaysia (TDM) serta diikuti oleh perbarisan anggota-anggota yang terdiri Tentera Infantri TD, Grup Gerak Khas, Pasukan 10 Briged PARA , Pranita, Pasukan Pengawan TDM serta tidak ketinggalan juga pasukan anjing perang.
Thursday, 3 March 2011
Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Tentera Darat Malaysia Yang Ke 78
Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Tentera Darat Malaysia ke 78 kepada semua anggota tentera dan bekas-bekas perajurit negara. Pengorbanan Tuan-tuan tidak dapat dibalas dengan apa pun. Syabas dan Tahniah kepada semua. TAAT dan SETIA.
Satu Pameran dan Demonstrasi bagi Hari Terbuka Sambutan Ulang Tahun Tentera Darat akan berlangsung pada Hari ini (4/3/2011) sehingga Ahad (6/3/2011) di Dataran Merdeka. Jadual Aktiviti yang akan dilangsungkan adalah seperti berikut:
4 Mac 2011
0900-2200 - Pameran statik dan kerjaya TD
1600-1620 - Persembahan pancaragam
1649-1700 - Demonstrasi anjing perang
1700-1715 - Pertunjukan payung terjun (penerjunan bebas)
5 Mac 2011
0900-2200 - Pameran statik dan kerjaya TD
0900-1115 - Raptai penuh perarakan kontinjen dan aset TD
1600-1620 - Persembahan pancaragam
1640-1700 - Demonstrasi anjing perang
1700-1715 - Pertunjukan payung terjun (penerjunan bebas)
2100-2230 - Persembahan pentas oleh Badan Kesenian Tentera Darat (bktd)
6 Mac 2011
0855-0900 - Pertunjukkan oleh PARA warrior dance
0900-1600 - Pameran statik dan promosi kerjaya TD
0900-0959 - Perarakan kontinjen dan aset TD
0950-1115 - Demonstrasi kepakaran TD
- Pertunjukkan payung terjun (penerjunan bebas)
- Pertunjukkan akrobatik bermotor RED WARRIORS
- Demonstrasi Unit Melawan Keganasan (ULK)
P/S: anda Dijemput Hadir ke Majlis Tersebut