Sebaik habis perbarisan anggota-anggota, perbarisan kenderaan menyusul didahulu dengan kenderaan yang digunakan oleh GGK termasuk kenderaan G-wagon dan juga motosikal. Selepas itu diikuti dengan kenderaan yang digunakan oleh Kor Perkhidmatan Diraja termasuk Bomba TD. Menyusul selepas itu kenderaan yang digunakan oleh Kor Ordnans Diraja yang baru digunakan pada tahun 2008 iaitu Bilik Mandi Medan dan Dobi Medan dan disertai oleh kenderaan digunakan oleh Kor Kesihatan Diraja. Kor ini dilengkapi dengan Ambulan Medan, hospital mudah Alih Medan dan juga Klinik Pergigian Bergerak.
Mengikuti KKD, kenderaan yang digunakan oleh Rejimen Semboyan Diraja yang mengunakan kenderaan Land Rover Defender dan juga Alvis Hägglunds AB. Kenderaan pengangkut Jambatan yang digunakan oleh Rejimen Askar Jurutera Diraja menyusuli RSD yang menonjolkan 4 Jenis Jambatan Medan. Rejimen Artileri Diraja membariskan meriam Oto Melara Howitzer 105mm, G5 155mm, Astross II, radar ARHTUR, sistem Dgiyit Igla, Jernas dan yang terbaru peluru pintar Taming Sari.
Seterusnya adalah kenderaan yang digunakan oleh unit infantri TD yang didahului oleh VAMTAC 4x4 buatan sepanyol yang menyerupai Humvee. ACV Adnan dan MIFV menyusuri VAMTAC 4x4 yang terdiri pelbagai versi. Perbarisan terakhir adalah kenderaan di bawah Kor Armor Diraja yang didahului dengan kenderaan SIBMAS dan diakhiri dengan 10 buah PT-91M Pendekar. Lintasan 4 buah HeliPUTD iaitu A109 mengakhir perbarisan pada pagi itu.
Selepas sahaja habis perbarisan, acara terjun bebas dilakukan dengan pendaratan 8 orang anggota 21 RGK dari kumpulan 1 yang membawa bendera Malaysia, ATM, TD, 10 Para, GGK, dan lain-lain lagi mendarat di tengah-tengah Dataran Merdeka dan disertai 8 orang lagi dari kumpulan kedua. Acara diteruskan pertunjukan wira merah dan pertunjukan tatu dan diakhiri dengan pertunjukan ULK yang berkisarkan Bas yang penuh penumpang ditawan oleh pengganas.
Berakhirya pertunjukkan, satu upacara penyampaian pingat dilakukan di pentas utama. Sambutan Hari HUT TDM sepatutnya tamat pada jam 1600 terpaksa dilanjutkan ke lewat petang kerana sambutan orang ramai yang masih mengerumuni tapak pameran walaupun sudah lewat petang. p/s; Gambar akan menyusul sedikit masa lagi.
No comments:
Post a Comment