BERTIWI, 12 Mac 2011 - Pangkalan Udara Kuantan telah mengadakan sebuah hari terbuka pada 12 Mac 2011 iaitu pada hari Sabtu bersamaan dengan 7 Rabiulakhir 1232 Hijrah. Hari terbuka ini diadakan bersempena dengan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'Adzam Shah yang ke-81. Hari terbuka ini bertempat di pangkalan udara ini sendiri.
Anggota forum Panggilan Pertiwi yang hadir :
1. Admin/Encik Kacang/Mr. Stark
2. The Shepherd
3. Akmal3110
4. Mr. Kurien
5. Azizi
6. Dremel/Naza
7. Paskau/Wan
8. Dewafrost
Acara bermula pada jam 0930 dengan ketibaan VIP iaitu Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Rodzali bin Daud TUDM. Antara pesawat yang terbang untuk memeriahkan majlis adalah seperti berikut :
Perasmian
2X Hawk Mk. 208 dan 1X F-5E Tiger II
1X helikopter Nuri dan 6 orang anggota PASKAU
Penerbangan Formasi
4X MB-339CM
3X MiG-29N dan 1X MiG-29NUB
3X Hawk Mk.108 dan 1X Hawk Mk.208
Penerbangan Solo
1X pesawat stunt Aero 3. Pesawat diterbangkan oleh Datuk Halim Othman bekas juruterbang MiG-29.
1X Su-30MKM Flanker
1X F/A-18D Hornet
Kesemua penerbangan formasi akan bertindak bergerak jauh dari kawasan pangkalan udara untuk tujuan penyeragaman. Manakala bagi persembahan solo, pesawat terus beraksi di kawasan pangkalan.
Bagi pameran statik pula antara pesawat yang hadir untuk memeriahkan majlis adalah :
1X Hawk Mk.208
1X F/A-18D Hornet
1X Su-30MKM Flanker
1X MiG-29N
1X S-61 Nuri
1X C-130H Hercules
1X F-5E Tiger II (pesawat yang sama terbang untuk perasmian)
1X MB-339CM
2X PC-7
Lain-lain pertunjukan adalah seperti persembahan pancaragam pusat TUDM dari Institut Latihan Tentera Udara (ILTU) Ipoh dan gabungan Kelab Kompang Cenderawasih dari No.11 Skuadron TUDM dari Pangkalan Udara Gong Kedak.
Gerai-gerai pameran yang dibuka juga banyak menarik minat pengunjung. Seperti yang diduga, gerai pameran PASKAU yang paling mendapat banyak sambutan. Lain-lain gerai pameran adalah dari Satang Company, Pulatibang 3, No. 6 Skuadron, No.18 Skuadron, No. 17 Skuadron, AIROD dan lain-lain lagi.
Persembahan udara tamat pada jam 1100. Majlis berhenti rehat pada jam 1200 dan bersambung pada jam 1340 dengan persembahan udara ulangan dari sesi pagi. Kesemua pesawat yang terbang pada pagi tadi akan beraksi semula kecuali pesawat Su-30MKM yang tidak dapat diterbangkan atas arahan pihak atasan. Pada waktu petang dapat disaksikan 2 jenis pesawat beraksi dalam keadaan hujan renyai-renyai iaitu pesawat Hawk Mk.108, Hawk Mk.208 dan F/A-18D Hornet.
Sekian sahaja laporan dari saya, Akmal3110.
P/s: Ucapan terima kasih saya pada saudara Akmal atas laporan yang beliau sediakan.
No comments:
Post a Comment